Sunday, 13 January 2013

Pengenalan kepada Rangkaian

                                           Apa itu Rangkaian??


Rangkaian adalah sekumpulan dua atau lebih sistem komputer yang dihubungkan bersama-sama.Terdapat beberapa jenis rangkaian komputer iaitu antaranya seperti LAN,WAN dan MAN.



                                                      

                                                            Komponen Rangkaian

   Antara komponen rangkaian ialah, protocol, peranti dan juga media.

   1.PROTOCOL


  Protokol mentakrifkan satu set umum peraturan dan isyarat bahawa komputer pada rangkaian digunakan untuk berkomunikasi.Contoh protocol yang digunakan ialah TCP/IP


 2.PERANTI 


  Peranti berfungsi sebagai unit pengantara data dalam rangkaian komputer.Peranti rangkaian komputer juga dikenali sebagai peralatan rangkaian.Contoh peranti dalam rangkaian ialah NIC,HUB,ROUTER  dan lain-lain


 3.MEDIA


 Media merupakan isyarat komunikasi yang dibawa dari satu sistem ke sistem
yang lain contohnya, kabel pasangan terpiuh, kabel gentian optik manakala sambungan tanpa wayar contohnya seperti, satelit, gelombang mikro, radiodan sistem inframerah

No comments:

Post a Comment